Saturday, June 13, 2009

Ayam BerSos

Salam....

Mintak maaflah yer semalam x sempat nak update disebabkan kesibukan yang melampau.... Inilah salah satu lauk yang sempat dyg tayang kat sini. Lauk semalam. Sedap tau....jika ada sesape berminat, bolehlah mencubanya. Nak adjust2 pun boleh. Ikutlah kreativiti masing2.

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil2 dan digoreng separuh masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 sb cili kisar
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit daun sup (dihiris)
  • sedikit bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam, kicap pekat dan sedikit air.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan selebihnya dan gaul rata2 sehingga kuahnya pekat.
  5. Hidangkan.

No comments: