Sunday, June 21, 2009

Ketam Masak Merah

Sesekali makan ketam mmg best!...Maka, inilah santapan kami sekeluarga lunch td. Mintak maaflah yer, lauk ni dh abis...licin xde satu pun yg tinggal.... Yang ada ni hanyalah gambar utk kenang-kenangan shj....hehe.

Anak-anak n hubby paling suka kalau ketam dimasak cara ni. Kadang-kadang masak lemak cili api. Tapi kalau nak pilih ketam, pilihlah yang betina. Banyak isinya dp yg jantan. Ketam ni jenis ketam bunga. Semuanya betina. Tapi masih x cukup gak utk si montel tu...hehe. Berminat nak cuba, boleh la copy resepi ni yer.... Have a Nice Weekend n Happy Father's Day!

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ketam (dibersihkan, dipotong dan direbus)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 2-3 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb air asam jawa
  • sedikit gula dan garam
  • bahan hirisan : cili benggala, cili merah dan daun sup.
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan cili benggala, cili merah, gula, garam dan air asam jawa.
  4. Akhir sekali, masukkan ketam yg tlh direbus td dan gaulkan. Boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.
  5. Hiaskan dgn daun sup stlh masak.

No comments: