Monday, June 15, 2009

Lala Masak Kari

Haaa,...ni pulak satu lagi lauk yg sempat dimasak tengahari td. Sebenarnya, x plan pun nak masak lala. Tapi atas permintaan si princess, layan gaklah. Buat style kari. Mmg sedap. Seperkara lagi, kalau masak cara ni, kurang sikit bau hanyirnya. Bau x melekat di tangan. Cuma ada bau kari dan daun kari jer...hehe.

Resepi lala masak kari ni mmg simple dan tak menyusahkan. Sebelum ni dayang selalu gak masak pedas dan masak serai. Semuanya kena dgn taste hubby dan anak2. Seronok dan berbaloi rasanya jika masakan yang kita masak digemari seisi keluarga....Alhamdulillah

Di sini dayang sertakan resepinya sekali. Selamat mencuba!.......

Bahan-bahan :
  • 300 gm lala (dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dijadikan pes)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis daun kari bersama bahan2 kisar hingga kering.
  2. Masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata2.
  4. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak.

No comments: