Monday, June 29, 2009

Puding Oreo

Salam semua....
Untuk n3 hr ni dyg mulakan dgn projek puding memuding...hehe. Si kecik mmg gemar sgt makan puding esp yg ada coklat tapi kekadang tu malas ler nak layan kalau hari2 nak puding. Tak laratlah dibuatnya....Semalam dyg buat puding sunkist tp sorilah x dpt nk publish kat sini sb x sempat pun nk ambik gambar...budak2 dh sambar dulu....next time je lah yer....so, pg td sempatlah sekali lg buat puding simple ni. Ilham dr majalah dan diubahsuai ikut versi sendiri. Yang penting, bdk2 suka. Mamanya kurang sikit bab2 mkn puding ni. Kalu suka pun, tgk keadaan...hehe.

Puding ni sedap kata bdk2 tu. Dayang buat 2 bekas utk 2 org tu supaya x bergaduh...x berebut2. So, layan je lah yer...

Bahan-bahan :
  • 500 ml air
  • 3-4 keping biskut coklat oreo dijadikan serbuk (ditumbuk/dikisar)
  • 200 ml susu segar
  • 7-8 sb gula pasir
  • 1 1/2 sb serbuk agar-agar
  • 2 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sdt esen vanilla
Cara-cara : Larutkan kesemua bahan di atas (kecuali serbuk biskut oreo) di dlm satu periuk. Didihkan sehingga ia pekat. Apabila sudah masak, tutupkan api. Masukkan serbuk biskut td dan gaulkan. Tuangkan ke dlm bekas yang bersesuaian dan sejukkan.

No comments: