Sunday, July 12, 2009

Ketam Madu Berempah


Satu lagi menu yg x kurang hebatnya utk dijadikan santapan tengahari tadi. Ketam ni dyg x pasti plak jenis apa. Maybe ketam batik kot. Nak beli ketam bunga & ketam nipah, xde plak. Nampak jer ketam ni, beli je lah. Saiznya xlah besar sgt. Kulitnya agak nipis dan berwarna kemerah-merahan. Jadi, mudahlah bg dayang utk menggorengnya.


Seperti biasa, idea nak memasak lauk ni keluar mcm tu jer. Itupun tengoklah apa yang ada dlm stok. Memang sedap dan habis satu periuk. Takda can lah nak kasi org lain makan...heheh!!!


Marilah mencuba resepi ketam madu berempah ni....pasti ada yg tringat2 kat dayang lepas nih...heheh..prasannya akuuu!!!!!

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam (dibersihkan, diperap bersama bersama kunyit dan garam selama 10 minit dan digoreng sehingga kekuningan)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan rempah 5
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit daun ketumbar/daun sup (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • sedikit air dan minyak masak
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Sediakan kuali. Panaskan minyak masak dan tumis cili kering dan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan rempah 5 dan kacau sebati.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan madu dan ketam. Gaulkan.
  5. Masukkan daun ketumbar/daun sup. Akhir sekali masukkan tomato. Jika kurang manis atau masin, tambahlah garam dan gula secukupnya.
  6. Hidangkan.

No comments: