Sunday, July 26, 2009

Nasi Goreng Berempah

Sempat gak tayang n3 malam ni...sebenarnya tak nak masak dah sebab ptg tadi anak2 dah makan makaroni bercheese yang dibeli oleh mak sedara dia org. Jadi dayang pun malas dah masak utk dinner. Lagipun hubby, FIL n SIL xde kat umah. Tapi, tetiba lapar pulak. So, masak je lah utk diri sendiri. Lebihan nasik dlm periuk tu pun msh ada sikit lagi. Apalagi...terus jer ke dapur...masak ringkas ikut selera tekak tapi boleh tahan sedapnya...

Jom makan!...

Inilah resepinya kalau nak cuba.

Bahan-bahan :
  • sepinggan nasi sejuk
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdt udang kering (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan cili kering kisar
  • 1/2 sdt rempah 5
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1-2 biji cili api (diketuk)
  • garam jika perlu
  • bahan2 lain : telur, karot, kacang buncis dsb
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk, rempah 5 dan cili kering hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan telur. Kacau sebati. Masukkan nasi, cili api dan kicap manis. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan karot, buncis dan garam jika perlu. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama ayam goreng dan dsbnya.

No comments: