Monday, July 27, 2009

Puding Karamel Keledek

Projek menghabiskan stok keledek merah, jadi, dayang buatlah puding ni seadanya. Sedap sangat. Puding ni boleh dikukus dan juga dibakar. Dayang buat kedua2nya sekali. Yang dikukus tu pulak dyg tak guna gula hangus. Tapi tetap sedap. Maaflah yer, x sempat ambik gambarnya sb dah habis. Tinggal yang ni jer utk hadiah kat princess nanti. :)

Bahan-bahan :
  • 200 gm keledek merah (direbus dan dikisar bersama sedikit air hingga menjadi puri)
  • 125 ml susu segar
  • 200 ml santan rendah lemak
  • 1/4 sdt serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
  • 3 biji telur gred C
  • 3 biji kuning telur gred C
  • 1 sdt esen vanilla
  • 3/4 cawan gula pasir
Cara-cara :
  1. Cairkan gula pasir hingga kekuningan dan tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Ketepikan.
  2. Didihkan santan, susu, puri keledek, serbuk kulit kayu manis dan garam di dlm periuk. Kacau perlahan. Setelah mendidih, tutupkan api.
  3. Putarkan semua telur dan gula perang (guna kelajuan minima shj) dan masukkan 1/2 dp santan yang tlh mendidih tadi. Putar lagi dgn high speed. Tuangkan ke dlm baki santan dan kacau sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi sehingga rata.
  4. Tuangkan ke atas gula tadi.
  5. Bakar selama 45-50 minit dgn suhu 180C secara 'bain marie' (letak loyang ini ke dlm dulang yg berisi air panas)

1 comment:

sunkist said...

wahhhhhhhhhh.. ni sure sedappp... tapi kt sini payah nk cari keledek merah skrg ni.. yg putih je ada.. tapi kalau guna putih mesti kurenggg skit..