Wednesday, July 29, 2009

Sambal Kentang Ikan Bilis

Menu hari ini. Sambal kentang ni mmg best dan sedap. Sebelum ni dayang ada mencuba resepi Lina_pg. Pun sedap. Boleh tengok resepinya yg dayang dah cuba kat sini yer. Kalau kentang masak apa2 je tetap sedap lebih2 lagi bila dah ada penggemarnya. Sambal kentang yang ni pulak dayang ikut versi sendiri.


Bahan-bahan :
  • 3 biji kentang (digaul bersama sedikit garam dan digoreng)
  • sedikit ikan bilis (digoreng garing)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • 2 biji bawang merah(dikisar)
  • 1 ulas bawang putih(dikisar)
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 /2 sudu makan kicap manis
  • 1 sdt air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga naik bau. Masukkan sos cili, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga kuahnya pekat. Boleh tambah sikit air jika perlu. Apabila kuah sudah kelihatan garing, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaulkan dan tutupkan api. Hidangkan.

No comments: