Wednesday, August 26, 2009

Ayam Merah

Kalau ada dalca, adalah ayam merah ni. Amacam?..nak join tak?....huhu, malangnya ayam merah ni tinggal 2 ketul jer....jangan berebut2 lak tau....

Nak masak ayam merah ni pun taklah sesusah mana. Yang penting, Ringkas dan Sedap!

Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo ayam (dipotong, dbersihkan, diperap bersama kunyit dan garam. Kemudian digoreng separuh masak)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4-5 sb cili kering kisar
  • 2 sb sos cili
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis kulit kayu manis, serai, bahan2 kisar dan cili kering sampai wangi/pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air dan sos cili.
  3. Masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan asam gelugur. Kacau sebati.
  4. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

No comments: