Friday, August 28, 2009

Bendi Tumis Berempah

Menu ni dimasak lepas berbuka puasa. Lambat sikitlah nak makan sb masih kenyang dgn roti jala..tapi nasik tetap makan gak sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sayur bendi ni memang sedap dimakan panas2 dgn nasi panas. Buat cara berempah...memang tak tahan dibuatnya.

Bahan-bahan :
  • 7 batang bendi (direndam bersama air garam, tuskan/keringkan dan dipotong menyerong)
  • 8 ekor udang basah (dibuang kulit)
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging (dijadikan pes)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sk air asam jawa
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan serbuk ketumbar. Kacau dan biarkan sampai pecah minyak.
  3. Masukkan udang, cili merah dan sedikit air.
  4. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga udang hampir masak.
  5. Masukkan bendi dan gaulkan sehingga masak.

No comments: