Thursday, August 13, 2009

Sambal Terung

Ini dia menu kesukaanku. Terung bersambal yg sebelum ni ada gak dayang tayang kat sini cuma resepinya tak 100% sama ngan yang ni. Sebenarnya terung bulat ni dah nak hampir expired. Tinggal sebijik jer tu...lebih baik perhabiskan je. Sedap sangat2.


Bahan-bahan : 2 0rang makan
  • 1 biji terung bulat (dibersihkan, dipotong dan digoreng separuh masak)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu makan santan
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga garing. Masukkan santan, garam dan gula. Akhir sekali masukkan terung dan kacau hingga masak.

No comments: