Wednesday, September 23, 2009

Ayam Beriyani - updated

Ini pulak lauk ayam beriyani yang nak digandingkan dgn nasi beriyani....sedap laaa...lama gak tak buat beriyani ni...sesekali makan, pastinya bertambah2....di samping itu, ada acar rampai dan dalca...sorry la yang yer...tak ada picture nya...ini kes nak cepat sebab guest dah nak sampai ditambah lagi dgn perasaan nervous takut lauk x sedap......huru hara jadinya...heheh...

Jangan ada yang tersakit mata lak tengok pic yang agak blur ni...huhu....

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak)
  • 70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 sb minyak masak (utk menumis)
  • 3 sb minyak sapi
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • 1/3 tin susu cair
  • 2 sb puri tomato
  • 2 sb madu
Bahan2 kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili hijau
Bahan2 dimayang :
  • daun bawang
  • daun sup
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 1 biji bawang besar
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
  3. Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan.
  6. Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.

No comments: