Wednesday, September 09, 2009

Lala Goreng Bercili

Lagi satu n3 hari ni. Masakan lala bercili ni sememangnya dh jd kegemaran si Princess. Dah 3 hari dia asyik request..nasib baiklah malam tadi hubby ada belikan 2 pek anak lala. Cuma satu je yang peliknya si budak ni...dia x berapa gemar makan lala yg dimasak cara lain kecuali masak cara begini. Tu lah kan, citarasa masing2...tapi memang sedap pun masak bercili...

Sepatutnya lala ni warna merah tapi disebabkan guna lampu kuning, maka hilang lak kaler merahnya...nak cepat la katakan....huhu. Apa2pun layan je!!!

Bahan-bahan :
  • 200 gm lala (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon - optional
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut
  • garam/gula jika perlu
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih sehingga perang dan masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga garing.
  2. Masukkan cili padi, sos tiram, sos cili dan daun limau purut.
  3. Masukkan lala dan sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan kicap dan daun sup/daun bawang. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
  5. Akhir sekali masukkan jus lemon.
  6. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

No comments: