Wednesday, September 23, 2009

Nasi Beriyani - updated

Salam....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...tentunya ketika ini rakan2 blogger dan rakan2 yg sering berkunjung di sini masih sibuk dan bergembira bersama keluarga menyambut hari raya ke-4. Mungkin juga ada yang dlm perjalanan balik ke rumah masing2 setelah bbp hari bercuti raya..sebab esok dh mula kerja, kan...huhu...tapi x mengapalah..boleh sambut raya bersama rakan2 kerja pulak...seronok tuu!....

Tak banyak perkara nak dikongsikan bersama anda semua ketika ini..sekadar nak tayang n3 raya pertama ni je...itupun tak sempat nak tayang semua juadah..maklumlah kelam kabut dan sibuk melayan saudara mara, tetamu dan sibuk jenjalan sana sini..heheh.. last2 sempat tayang nasi beriyani ni je....pastu ada gak buat satay goreng, nasi impit, rendang., beli lemang sikit.....tapi x sempat nak snap. huhu....

Nasi beriyani ni pulak dayang buat waktu petang, sebab malamnya ada guest satu famili. Alhamdulillah, selamat dan habis kesemuanya...berbaloilah masak dan hilanglah segala penat yang ada.

Raya kedua dan ketiga tak ada n3 yer sebab keluar jenjalan raya bersama keluarga. Jadi layan dululah apa yang ada kat sini.....

Resepi Nasi Beriyani

Bahan-bahan :
  • 5 pot beras basmathi (direndam sebentar dan ditoskan)
  • 5 pot air
  • 20 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 biji bawang besar (dimayang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 sb minyak masak
  • 3 sb minyak sapi
  • 1/3 tin susu cair
  • garam secukupnya
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
Bahan-bahan hiasan : gajus goreng, bawang goreng, daun pudina, daun sup, daun bawang dan kismis.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Tumiskan bawang besar, halia dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan kacau. Biarkan ia pecah minyak.
  2. Masukkan air (5 pot) bersama daun pandan dan garam. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan beras dan tanak hingga hampir kering.
  4. Masukkan susu cair dan gaulkan perlahan.
  5. Tutup rapat tudung periuk supaya wap tidak keluar.
  6. Bila nasi sudah hampir masak, titiskan dgn pewarna kuning dan taburkan dgn bahan2 hiasan tadi.
  7. Perlahankan api dan biarkan nasi masak sempurna.
***dyg hanya menggunakan rice cooker utk memudahkan kerja. Cuma masa hendak menumis bahan2 je guna kuali. Lepas itu, masukkan ke dlm rice cooker.

No comments: