Saturday, September 05, 2009

Roti Udang Goreng

Roti goreng berudang ni dah selalu buat tapi selalu je terlupa nak share kat sini. Kali ni Alhamdulillah dapat gak menayang walaupun tak berapa cantik gambarnya. Roti ni dayang buat malam tadi. Tengok roti dah nak hampir expired, jadi dayang cepat2 perhabiskan daripada membazir.

Roti udang ni memang mudah sangat nak membuatnya dan sedap dimakan dgn sos cili atau makan gitu je...bolehlah dijadikan santapan waktu sahur, atau berbuka ataupun bila2 masa shj.

Bahan-bahan :
  • 3 keping roti sandwich (dipotong ikut suka)
  • 4 ekor udang besar (dibuang kulit dan dicincang)
  • 2 helai daun bawang (dihiris)
  • 1/2 sdt serbuk lada putih/lada sulah
  • 1/2 biji cili merah(dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 1/2 labu bawang besar (didadukan)
  • sedikit garam
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • minyak utk goreng terendam
Cara-cara :
  1. Gaulkan udang bersama bawang, daun bawang, cili, lada putih, dan sedikit garam utk dijadikan pes.
  2. Kemudian sapukan pes pada setiap kepingan roti yg sudah dipotong tadi.
  3. Panaskan minyak. Celupkan roti ke dlm telur dan gorengkan hingga keemasan.
  4. Tuskan dan hidang bersama sos cili atau mayonis.

No comments: