Tuesday, February 09, 2010

Puding Karamel


Salam....semalam terlupa nak tayang dessert ni gara2 sibuk dgn mcm2 hal. Mintak maaflah byk2 yer jika message dan komen anda belum sempat lagi dibalas. Akan dibalas satu persatu, InsyaAllah. Anyway, Thanks 4 dropping by. 

Oklah, puding karamel ni jarang2 dyg buat. Tapi sesekali buat, mmg best!...Resepinya pun teramatlah mudah. O ya satu lagi, puding ni boleh dimasak dengan 2 kaedah iaitu kukus atau bakar. Yang ada dlm gambar ni ialah puding karamel bakar. Sedap sangat2!.....

Resepi ikut taste sendiri. Rasa2 ramai yg dah tau mcm mana nak buat puding ni kan....

Layan jerlah dulu dgn gambar2nya yg tak seberapa ni eh....

Ini resepinya jika berminat nak cuba. 

Bahan-bahan :

Karamel :
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas
Cara-cara : Hanguskan gula bersama air. Apabila sudah kekuningan, masukkan air panas. Kacau hingga perang pekat. Terus ratakan pd loyang yg bersesuaian. Ketepikan.

Puding :
  • 4 biji telur
  • 300 ml susu cair / susu segar
  • 80-90 g gula halus
  • 1/2 sudu makan jus lemon (boleh juga guna 1 sk esen vanilla)
Cara : 
  1. Satukan gula dan telur di dlm satu bekas. Pukul perlahan-lahan sehingga gula larut dan sebati tetapi jgn sampai berbuih.
  2. Kemudian masukkan susu dan jus lemon. Kacau lagi hingga sebati. Tapiskan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang berkaramel tadi. 
  4. Bakarlah secara steam bath sehingga masak. (suhu bergantung pd jenis oven masing2). Kalau nak kukus pun boleh juga. Caranya ialah tutupkan loyang dgn kertas foil dan kukuslah hingga masak.
*** kalau nak bagi puding ni cantik dan tak berlubang2, pastikan telur dikacau perlahan-lahan dan tidak berbuih sama sekali. 
*** boleh juga ditambah dgn 1/2 makan tepung kastard + 1 sudu makan air (dibancuhkan) jika suka.

No comments: