Thursday, March 04, 2010

Ayam Goreng Taucu



Salam....


Semalam lupa nak post n3 satu ni. Dah lama gak tak tayang menu harian terutamanya masakan ayam...tapi tu ler...masa tak mengizinkan. Ada jer kerja lain nak buat. Tapi sekali lagi dyg berterima kasih kpd yg sudi singgah ke rumah yang semakin hari semakin suram ni....terima kasih gak yg sudi tinggalkan jejak. Tanpa kehadiran dan sokongan anda, mungkin rumah ni tak dikenali......

Oklah...sebenarnya kan, tangan ni terasa malas sesangat nak mengopek bawang sb plan sebenarnya nak buat ayam Madras, konon2lah...entah tiba2 teringat resepi ni kat dalam majalah masakan, cari2 tak jumpa...ingat2 gitu jer lah tapi rasa2 resepi ni tak 100 % ikut dalam majalah tu...pandai2lah adjust sendiri ikut selera anak tekak ni. Memang best!!!!....sedap!! tak perlu letak garam sebab taucu tu pun dah masin. Cuma kalau nak goreng, kena hati2 sket,  sb ia agak 'sticky'...takut terkoyak kulitnya cam dalam gambar tuu....hehe. Apa2pun memang sedap dan puas hati!




Bahan-bahan :
  • 8 ketul ayam
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sk serbuk paprika - optional
  • 2-3 sudu besar gula
  • 50 ml air asam jawa / jus limau kasturi
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak.

***ayam ini boleh juga dibakar jika suka.

Ni pulak saki baki ayam yg diperap semalaman. Goreng jerlah sampai habis. Makin sedaaapppp!

4 comments:

Mat Gebu said...

salam DJ...
Adoii, kenapa dikau goda2 ku dgn ayam mcm ni...tak relaaaa...hahahah

DjDayang Jack said...

w'salam, mat....

hahaha...ade2 jer mat ni..kalau tgk ayam2 Belanda kat umah dia lagilah aku tak relaa you....terus pengsan dibuatnya...ekeke....

K.Nor said...

masuk list :)

DjDayang Jack said...

Thanks kak Nor....mmmuahhh!