Thursday, May 13, 2010

Kek Coklat Tiramisu



Kek ni nampak comot sikit, taklah pro sangat..tuan rumah sebenarnya tak berapa minat nak deko2 kek tapi masak kek suka ler....hehe. Yang penting, kalau ikut selera tekak ni lah, kek ini memang sedap dan mengancam! Nak buat pun senang jer. Resepi kek coklatnya pulak adalah resepi eggless cake yg biasa dibuat, cuma bahan2nya sudah diedit mengikut saiz loyang.

Kek Coklat Tiramisu

Bahan-bahan : Kek Coklat Tanpa Telur (loyang 9 inci)

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 cawan serbuk koko*
  • 2 sk serbuk penaik*
  • 1 sk soda bikarbonat*
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 1/2 cawan gula pasir / gula halus
  • 3/4 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 1 1/2 cawan air kopi/nescafe panas
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sk cuka

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan garam. Ratakan.
  3. Satukan gula, air kopi/nescafe panas, susu segar, dan esen vanilla ke dalam satu bekas dan bancuh  hingga gula larut. Kemudian satukan dengan langkah no 2. Masukkan minyak masak/minyak jagung. Kacau mengikut arah pusingan jam.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. (Gunakan spatula/senduk kayu)
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu.

Bahan-bahan : Tiramisu
  • 500 g cream cheese
  • 400 g whipping cream
  • 100-150 g gula icing /gula kastor 
  • air nescafe secukupnya
  • serbuk coklat / serbuk koko
Cara-cara : Pukul keju bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi hingga kembang dan gebu.

Cara-cara melapis : 
  1. Potong kek coklat menjadi dua lapis. Susunkan lapisan pertama ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. 
  2. Kemudian siramkan dgn air nescafe di atasnya. Lapiskan dgn adunan tiramisu. Siramkan lagi dgn air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dgn lapisan tiramisu di permukaannya. 
  3. Sejukkan selama 3-4 jam. 
  4. Kemudian, ayakkan serbuk coklat/serbuk koko pd permukaan kek atau hiaslah mengikut kesukaan masing2. (DJ hiaskan dgn topping  dan hirisan strawberi)
 shoot directly dlm esbok....hehe

3 comments:

Love2cook Malaysia said...

Kak Dayang, I've made Ur Eggless Chocolate Cake! I'm so happy that I made it and the taste is marvellous! Thanks alot kak! Will post it somewhere this week...;)

This tiramisu recipe is something similar, but has more coffee na.

Next in my list is Ur Choc Cheese Cake. May I know what is the right tray size for the recipe?

Haha, started to bake...not ending at all!

I think I'll need ur hp number la! Nanti asyik kacau je...muahahaha! just kidding...^___^

ain said...

akak suuukaaa kek tiramisu!!! nak sepotonggg!

Neena said...

Nak tanya apa fungsi cuka dlm kek tiramisu ni, kalo tak letak ok tak? Nak sgt nak cuba rspi ni, nmpak best je...