Tuesday, June 29, 2010

Puding Roti Horlicks


Salam....

Sejak terpandang gambar puding roti marble kat Hanieliza FP, tergerak rasa hati nak buat puding tu...nampak sedap jer pudingnya dgn campuran buah peach...memang tergodalah. Tapi bila eh nak buat??...malas rasanya nak keluar rumah ni...baru 2 hari lepas pergi ke Giant tp x terfikir pulak nak beli peach dlm tin tu...huhu. Kena tangguh dulu ler jawabnya....tapi ptg semalam nak tak nak kena buat jugaklah puding roti ni.  Roti sandwic tinggal 5 keping lagi..tarikh luputnya pulak esok, syg pulak tak dihabiskan. Akhirnya, setelah jeling2 sket puding roti marble kat rumah Hana dan rumah kak Liza, maka terjadilah puding roti Horlicks....hehe.

Puas hati!!...sedap tak terkata dgn adanya campuran ho ho ho...mmg kenalah dgn selera anak tekak ni...sejuk dan nyaman jer....meh, layan dulu!..nanti2 update lagi. Tuan rumah nak settle dulu kerja2 lain.

Buat 2 bekas...dlm bekas yg ni pulak dyg campurkan sekali dgn baki kek coklat hari tu. Potong kecik2 lepas tu sumbat jer ke dalam puding....sedaaappp!

Update :

Resepi Puding Roti Horlicks

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 800 ml air
  • 1/2 cawan gula
Bahan B :
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 8 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
Bahan C :
  • 5 keping roti sandwic (dipotong 4)
  • 2 biji telur
  • 250 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
Lain-lain :
  • 2 sudu makan marjerin/mentega
  • krim coklat / ganache (utk hiasan) - optional
 Cara-cara :
  1. Satukan bahan A di dlm periuk dan didihkan hingga gula larut.
  2. Bahan B dibancuh hingga larut. Kemudian masukkan ke dalam bahan A.
  3. Bahan C dikisar hingga halus dan tuangkan ke dlm larutan agar2 tadi. Kacau perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali masukkan marjerin/mentega. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas yg bersesuaian.
  6. Jika suka, tuangkan ganache ke permukaan puding terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing. Untuk ganache, DJ menggunakan coklat masakan 50 g + 1 sudu makan butter + 1/4 cawan susu segar yang dicairkan secara double boil.
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (Boleh juga dihiaskan dgn ganache setelah puding sejuk atau ikut langkah no 6)

No comments: