Wednesday, July 21, 2010

Spicy Stuffed Squid

Selesaikan projek yg tertunda...hehe.  Alhamdulillah...si Danial yg tak reti makan sotong pun makan gak mlm ni. Jom layan!

Spicy Stuffed Squid (my style)

Bahan-bahan :
  • 5-6 ekor sotong basah (dibersihkan)
  • 1 biji kentang (direbus dan dilecek @ dipotong dadu kecil)
  • 1 tangkai daun kari 
  • sedikit hirisan daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur atau air asam jawa
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar (nak pedas lagi boleh lebihkan)
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • sedikit garam 
Cara-cara :
  1. Sumbatkan sotong dgn ubi kentang yg sudah dilecek atau dipotong dadu kecil dan tutup kemas dgn menggunakan toothpick stick/lidi. Kemudian, rebus dgn sedikit garam hingga sotong masak. Angkat dan toskan. Tanggalkan lidinya sekali.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan daun kunyit hingga terbit bau. Kemudian, masukkan cili kisar, pes kari, serbuk jintan dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, kicap, asam gelugur dan boleh juga masukkan sedikit gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul2kan sebati. 
  5. Setelah siap, bolehlah dihidangkan dgn nasi putih. 
 ***kadang-kadang DJ menggunakan kentang utk menyumbat sotong, adakalanya dgn beras pulut yg sudah direndam atau pun dgn telur rebus. Semuanya mengikut stok atau ikut selera. Yang pasti, masakan ini adalah merupakan salah satu masakan kegemaran DJ.


No comments: