Thursday, September 30, 2010

Tapai Nasi


Oleh kerana tak sabar nak tunggu bbrp minggu lagi nak balik ke kampung halamanku,..hehe..sebenarnya, nak mintak mak buatkan tapai nasik time dyg nak balik nanti, tapi entah tetiba rasa nk buat sendiri lak...mmg dah lama tak merasa tapai nasik ni...mmg rindu sgt2....

Tapai ni lebih kurang sama rasanya dgn tapai pulut. Nak buat pun senang sgt2. Tetapi bergantung gaklah dgn kualiti ragi dan pantang larangnya..kata orang tua2 lah kan...hehe. 

Hari tu dyg terbeli 2 keping ragi. Percubaan pertama tu hasilnya kurang memuaskan. Ragi tak berapa elok kot. Kali ni guna ragi yg sekeping lagi tu dan dyg tambah gula pasir sket (ini special case tau..hehe). Barulah menjadi....sedap pulak tuuu....kalau dibalutkan dgn daun lengkuas ni lagilah best...tapi dyg bubuh dlm tupperware jer. Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan. 

Kalau nak tau detail pasal tapai nasik ni, silalah ke rumah HaSue...dia ada butirannya...hehe.

Tapai Nasi 

bahan-bahan :
  • nasi sejuk
  • ragi  
  • sedikit gula pasir (jika perlu)
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan alaskan/balutkan dgn daun lengkuas atau daun pisang atau simpan di dlm bekas yg bersesuaian (DJ simpan dlm tupperware jer sb malas nak carik daun...hehe). Simpan selama 1 hari  sebelum dimakan. 

No comments: