Wednesday, December 22, 2010

Telur Rebus BerSos


Menu telur yg dah agak lama gak tak buat. Cara penyediaannya sangat ringkas dan yg paling penting, sedap dan memikat selera.



Resepi ni dh lama gak dyg letak kat dapur Myr dan juga dlm blog ini. Cuma kali ni dyg edit sikit bahan-bahannya mengikut stok. O ya, ini adalah salah satu menu semalam yer. Yang hari ni punya, belum ready lagi...hehe. 



Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

  • 5 biji telur (direbus dan dibelah dua)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 3 ulas bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 sudu makan cili giling
  • sos cili secukupnya
  • sedikit sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang
  • sedikit air
  • 1 camt tpg jagung (optional)
  • sedikit garam dan gula  (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali dan tumis rempah 4 sekawan, bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air (boleh tambah garam dan gula jika perlu). Kacau sebati hingga pekat (kalau x pekat, blh ditambah dgn tpg jagung jika suka).
  3. Susunkan telur di dlm mangkuk/pinggan. Siramkan kuah sos tadi di atasnya.
  4. Sajikan dengan nasi panas. Mudah, kan? Selamat Mencuba!

8 comments:

maz said...

salam kak..waaa cntik dan mnrik skli tlur rbus akak tu..nk mkn pun cdpp..oooo..kak pun dh rmove smbox ye..ke kita yg xjmpa cri..hehee..

Mas said...

cantiknya telur tu berposing..tergoda tengok..dapat kat mas, habis telur tu mas ratah macam tu jer...he..he...

DjDayang Jack said...

@maz

w'salam maz...thanks. telur tu mesra kamera sb tu anggun jer kan..haha. xdelah...bese2 je tu..taapii, mmg cedaaappp!

shoutbox tu skrg ni main sorok2...ade kat sblh kanan dinding umh ni ha..yg 'Buku Tamu' tu ler...hehe

DjDayang Jack said...

@Mas

hehe tq mas..eh! dua mas lak ari ni...heheh

a'ah samalah dgn askar2 kt umh ni..main ratah jer...hehe

Kak Nik Ja said...

salam dayang..mokwo suka sgt resepi simple2 nih..dh terbau kesedapan nyerrr...errr...gambo dayang cukup cantik sekarang..i loike!!!

DjDayang Jack said...

@mokwonik

w'salam...trm ksh mokwo sudi singgah dan komen...huhu...gambo bese2 jer..lom tahap SLR lagi tu...hehe

anyway, tq 4 the compliment ya. :)

asmar said...

Salam DJ, saya ni silent reader blog ni. Nak mencelah dikit saya ada jual beg sejadah tradisional. Harga RM65. Kalau berminat jenguk2 la hahizu.blogspot.com. Tapi blog saya tu takde lah secanggih DJ punya blog ni.

Sheherazade said...

salam

10q..tambah idea lauk telur :)